setahun berikutnya....

memang bersawang rumah ni semenjak berumah di FB. agaknya, rumah di kola pun akan bersawang macam ni jugak bila dah pindah ke mergong ni.....

tahun baru. azam baru? masih tercari-cari... will i get the offer finally? will i stay single permanently? will i this, will i that. hmmmm. fate is fate.

soon to be 37. not looking forward to it. i still feel 27 inside. :/
  • Current Mood
    awake awake

11 januari 2009

seperti selalu happy birthday to datuk ct , syafinaz selamat and - me. :P
only a few more years to the big 4'O'.... :/
tapi, perangai macam budak-budak lagi.

umur baru.
rumah akan baru.
keja mungkin baru?

harapan 2009.
semoga segala urusan dirahmati tuhan.
amin.
  • Current Mood
    giddy giddy

akhir tahun 2008...... selamat tinggal kenangan

lama tak singgah sini. sejak cuti sekolah, banyak aktiviti lain yang melibatkan 'pemanduan'. baru-baru ni ada di uum. guru bahasa sambilan. dapatlah menambah pendapatan. untuk rumah baru. seronok juga mengajar sekumpulan pelajar malaysia dan luar negara. nampak ada persamaan dan perbezaan. tapi semua bersemangat untuk belajar di uum. good luck to them.

cikgu bawa anak buah dan famili join anak murid berpiknik di titi hayun, yan. seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan mandi-manda, maybe untuk kali terakhir before they go their seperate ways. cikgu harap theypa cemerlang dalam stpm dan dapat menjejakkan kaki ke univesiti tahun depan.

lepas tu, baru dapat bercuti sekejap di kl. itupun, serampang dua mata. penuh satu myvi dengan kotak2 zaza dan hasil shopping di sogo, jalan tar dan sunway pyramid untuk dibawa pulang ke kedah. hehehehe. yang seronok, dapat bermalam di apartment baru Ban dan jumpa kawan lama mrsm kuantan di ikea. zuli masih macam dulu. comel macam anak-anak perempuan dia. sayang tak dapat jumpa rosa, tharu, azah dan yang lain. masa sungguh mencemburui cikgu. eh, bukan masa, sogo.... hehehehe.

masa cuti ni baru dapat cikgu luangkan masa untuk buku. dalam masa dua minggu, cikgu dah khatam 3 buku : SCARPETTA, THE WHITE TIGER dan BRICK LANE. cikgu rekomen baca semua buku ni. terutama the white tiger. cikgu bagi 4 dari 5 bintang.

banyak sungguh kenduri kahwin bulan ni. termasuklah 3 ex-form 6 cikgu. kematian pun ada. bapa kawan zaza, mak kawan zaza, anak kawan mrsm cikgu, anak jiran dan yang paling dekat, toksu ma cikgu. lepas satu, satu. selalunya 3. tak pun 7, kata mak cikgu. peringatan untuk diri sendiri dan yang lain: buat persediaan awal untuk menghadapi kematian orang tersayang. buat list. batik panjang, cadar putih, celak, telekung, etc.... supaya kita tak panik tercari-cari pada hari tersebut. you never know.

rumah baru. pagar dah berkunci. tanda dah siap? sekarang tunggu kelulusan MBAS, kunci dan cf. mungkin januari atau februari 2009. dah berangan-angan itu dan ini. tapi, ongkosnya? ada hati lagi nak gi shopping kat ikea next year. hehehehe.

selamat hari krismas, terutama donia, nick, greg dan stephanie di plymouth uk.

selamat tahun baru 2009. semoga tahun ini membawa cahaya terang seperti juga 2008.

selamat menyambut awal muharram bagi semua umat islam. salam maal hijrah 1430.



pinat - jasaziz@yahoo.com
amirah - yep, interiew ipg. no news yet.
miss/mr x - yep, kuatagh '90.
  • Current Mood
    okay okay

angin perubahan

cikgu ada temuduga hari ini.

yang menemuduga - pengarah, timbalan pengarah dan ex-cikgu sekolah cikgu sekarang
tak ramai pula yang datang. ada english, maths, seni, physic, ko-ko and .....
patutlah, seorang dalam 20 minit ditemuduga.

hati memang berdebar-debar. darah gemuruh. last interview ialah pada 2005.
biasiswa yang cikgu tak dapat.

macam-macam soalan ditanya. ada yang praktikal. ada yang teori.
ada yang konfiden dijawab, ada yang hemtam keremo.

last-last, cikgu ditanya:

boleh bawa kereta?
tak masam muka kalau kena kerja sampai 4, 5 petang?
tak kisah kalau kena outstation?
pengetua nak lepaskankah cikgu english?

hmmmm... are these clues or what?

..... TO BE CONTINUED .....
  • Current Mood
    hopeful hopeful

ceritera

from UUM website:


14 OKTOBER 2008/14 SYAWAL 1429H
=============================
"UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA"
(FIRST CHOICE UNIVERSITY)

PROUUM ONLINE, 14 Oktober: Tokoh Sejarah Kedah, Dato' Wan Samsudin Mohd Yusof dan penggiat teater terkenal tanah air Che Shamsudin Othman atau Dinsman adalah penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan masing-masing ada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 18 Oktober ini.

Dato' Wan Samsudin atau Pak Wan akan menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sejarah) manakala Dinsman pula akan dianugerahi Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Tuanku Canselor di Dewan Mu'adzam Shah, Kampus Sintok.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata, penganugerahan itu adalah tanda penghargaan universiti di atas sumbangan dan penglibatan bernilai mereka dalam memajukan bidang masing-masing untuk dinikmati dan dikongsi bersama masyarakat tanah air hari ini.

"Pak Wan dan Dinsman memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara. Melalui usaha Pak Wanlah misalnya UNESCO mengiktiraf kumpulan Surat-surat Sultan Abdul Hamid sebagai 'memory of the world'.

"Dinsman pula membangkitkan gerakan kepada lahirnya seniman lain seperti kumpulan Korpratasa, melatih pelakon dan penyanyi Ogy Ahmad Daud dalam bidang teater dan menggerakkan penubuhan kumpulan teater," katanya.

Pada Konvokesyen Ke-21 Sidang Kedua UUM yang berakhir pada 20 Oktober ini bakal menyaksikan seramai 3,341 graduan akan menerima ijazah masing-masing di majlis konvokesyen tersebut.

Majlis yang berlangsung dalam lima sesi itu juga menyaksikan seramai 11 graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 464 graduan Sarjana dan 2,866 graduan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian menerima segulung ijazah masing-masing.

Daripada 2,851 orang graduan ijazah sarjana muda berkenaan seramai 67 daripada mereka berjaya memperolehi keputusan cemerlang dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama, 1,469 pula mendapat Ijazah Kelas Kedua Atas dan 1,330 pula mendapat Ijazah Kelas Kedua Bawah.

Dalam majlis konvokesyen kali ini, seramai 21 graduan luar negara turut menerima ijazah iaitu pelajar Thailand seramai 11, Indonesia (9) dan Kenya seorang graduan.

Konvokesyen kali ini juga turut menyaksikan seramai 163 graduan sulung daripada empat program akan menerima ijazah mereka iaitu graduan program Sarjana Muda Keusahawanan seramai 41, Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (40), Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Bimbingan dan Kaunseling) (46) dan Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Pengurusan Pendidikan (PKPGB) seramai 36 orang.

Universiti juga turut menganugerahkan Anugerah Pingat Emas Naib Canselor kepada pelajar terpilih dan kali ini seramai 7 graduan menerima pingat yang mula diperkenalkan pada 1988 dengan dua daripada penerima dalah graduan Sarjana.

Seramai 67 graduan akan menerima Anugerah Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), masing-masing dua graduan akan menerima Anugerah Pingat Emas IBBM-UUM, Hadiah Buku Alumni Cemerlang dan Hadiah Buku Tunas Bistari.

Dua anugerah baru turut diperkenalkan iaitu Anugerah Pingat Emas Bank Rakyat-UUM yang akan diberikan kepada graduan Sarjana Muda Kewangan (BIFB) dan Perbankan Islam serta Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (BMA) dan Anugerah Pingat Emas MICPA kepada graduan Sarjana Muda Perakaunan.

Pro-Canselor, Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh akan mempengerusikan sesi kedua (petang 18 Oktober), ketiga (pagi 19 Oktober) manakala Pro-Canselor kedua, Tun Dato' Seri Dr Ahmad Fairuz Dato' Sheikh Abdul Halim pula akan mempengerusikan sesi keempat (petang 19 Oktober), dan sesi kelima (pagi 20 Oktober).

Sesi pertama menyaksikan seramai 475 graduan menerima ijazah masing-masing yang membabitkan program Doktor Falsafah (11), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (173), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) (9), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan) (4), Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (16), Sarjana Sains (Kewangan) (13), Sarjana Sains (Perbankan) (5), Sarjana Sains (Pengurusan) (20), Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa) (3), Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa) (3), Sarjana Sains Pengurusan Teknologi (2), Sarjana Sains (Perakaunan Pengurusan dan Perancangan) (11), Sarjana Pengurusan Awam (5), Sarjana Sains (Pengurusan Strategik) (4), Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti) (27), Sarjana Ekonomi (4), Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) (2), Sarjana Pendidikan (Teknologi Pengajaran) (1), Sarjana Pendidikan (PENGAJARAN BAHASA INGGERIS) (3), Sarjana Sains (Kaunseling) (16), Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan) (1), Sarjana Sains (Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) (21), Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) (10), Sarjana Sains (Sistem Pintar) (9), Sarjana Sains (Teknokeusahawanan) (6), Sarjana Sains (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) (23), Sarjana Sains (Teknologi Maklumat) (57), Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari) (3), Sarjana Sastera (Linguistik Terapan) (8), Sarjana Sastera (Psikologi) (1) dan Sarjana Sains (Sains Pemutusan) (4).

Sesi Kedua pula melibatkan 702 graduan Kolej Perniagaan bagi program Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (375), Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (PJJ) (22), Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Francais) (246), Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans (19), Sarjana Muda Pemasaran (13) dan Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat (27).

Sesi Ketiga pula melibatkan seramai 754 graduan juga dari Kolej Perniagaan iaitu bagi program Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) (30), Sarjana Muda Perakaunan (466), Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) (95), Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (122) dan Sarjana Muda Keusahawanan (41).

Pada sesi keempat, menyaksikan sejumlah 697 penerima terdiri daripada graduan Kolej Perniagaan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa dan Kolej Sastera dan Sains iaitu Sarjana Muda Kewangan (46), Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam (18), Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (77), Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (132), Sarjana Muda Perbankan (36), Sarjana Muda Pengurusan Awam (73), Sarjana Muda Pengurusan Awam (PJJ) (15), Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (67), Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan (57), Sarjana Muda Undang-Undang (32), Sarjana Muda Ekonomi (93), Sarjana Muda Komunikasi (12) dan Sarjana Muda Sains Pemutusan (39).

Pada sesi terakhir pula, 713 graduan dari Kolej Sastera dan Sains terlibat dalam menerima ijazah mereka iaitu Sarjana Muda Multimedia (100), Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (40), Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (115), Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) (26) Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) (11), Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup Bersepadu) (19), Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) (13), Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (TESL) (31), Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (TEYL) (72), Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Moral) (37), Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Bimbingan dan Kaunseling) (46), Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Pengurusan Pendidikan (PKPGB) (26), Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan (42) dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat (125).

Majlis konvokesyen ini bukan hanya boleh disaksikan oleh ibu bapa dan tetamu yang hadir dalam majlis gilang-gemilang dan bersejarah itu, malah ia dipancarkan ke seluruh dunia melalui internet.

UUM mengadakan kemudahan itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang menyaksikan detik bersejarah itu secara langsung di mana-mana sahaja di seluruh dunia yang boleh diakses melalui alamat berikut: www.uum.edu.my.

Ia akan mula beroperasi pada tarikh dan masa konvokesyen berkenaan.

Sempena konvokesyen ini juga, Universiti mengadakan ekspo konvo bermula dari 16 hingga 20 Oktober 2008 dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan lebih daripada 100 gerai yang menjual pelbagai barangan bagi meraikan graduan dan keluarga mereka.
  • Current Mood
    pleased pleased

balik kampung. singgah uum.

lama tak mai sini....
semenjak ada facebook. kesian lj.

esok cikgu konvo. :)

alhamdulillah. setelah 3 tahun menanti.
esok dapat M.Ed. in ELT.

mungkin ini sebagai penanda aras baru.
untuk kerjaya masa depan.

kalau ada rezeki.... ;)


rumah pun dah 75% siap.
tahun depan, raya di taman kelisa?
  • Current Mood
    happy happy

merdeka.........!

seperti biasa, sekolah mengadakan pertandingan sempena merdeka.
seperti biasa, penyertaan tidak banyak dan ada yang secara paksa-rela.
sekolah cuba untuk timbulkan kesedaran tetapi mungkin caranya yang perlu diperbaiki lagi.
kalau selalu perhimpunan merdeka di buat awal pagi,
kali ini kelas seperti biasa sehingga waktu rehat.

memang kurang terasa suasana merdeka di sekolah.
dan keadaan serupa juga di luar sekolah.
tak seperti tahun lepas, mungkin budget kurang tahun ini.
atau dek kerana tumpuan rakyat adalah ke tempat lain......?

ketika berbincang tentang tema merdeka,
ada pelajar bertanya bagaimana nak menyumbang kepada negara.
hmmm... good question.
saya bagitau, ada banyak cara sebenarnya.bukan setakat di medan perang.
esok mereka akan berkongsi pendapat tentang sumbangan yang boleh mereka buat.

sebagai cikgu, saya harap mereka menjadi matang, membuka mata dan minda dan melihat lebih jauh ke luar, bukan setakat situasi dan perubahan di sekeliling mereka sahaja.
salah satu cara, melalui kemahiran bahasa. dan amalan membaca.

dan inilah cabaran utama menjadi cikgu muet di smktsr. :)
  • Current Mood
    curious curious

bulan lapan...dua kosong kosong lapan... merdeka merdeka...

assalamualaikum.

lama cikgu tak update.
alasan biasa - sibuk.
sibuk jadi drebar / chauffeur.
tapi dah pencen dah. :)

dulu kebaw senam-senam.
sekarang, kecoh sejuh-juhse.
dulu kodok,
sekarang kodok jr. ? ;)

sebenornye,cikgu dah trade in iswara.
bubai kebog selangapat. gonna miss u..... :/

nampaknya ada beberapa pembaharuan @ perubahan tahun ni dan tahun depan.
mula dengan rumah baru. (sedang dicat)
degree baru. (konvo - oktober)
keta baru.
orang baru?
opis baru?

yang 2nd last tu tipu.
yang last tu tak pasti.
mungkin dapat. mungkin tidak. apply dah.
rasanya dah lama cikgu kat comfort zone. since 1997.
mungkin dah tiba masanya untuk cikgu berhijrah...?


*** apa event favourite olimpik anda? ***
  • Current Mood
    contemplative contemplative

the sun is out, shining and bright

finally... june is here.

it means that i've completed my thesis and submitted it to the dean's office.
this was after my supervisor had approved the final draft.
i'm relieved. lega.... alhamdulillah.

now - soon - i can attend my malaysian convo, surrounded by my family.
when, dunno yet. could be before ramadhan or after raya.
before,in uk, no one was there to share my graduation....

on a different note, zaza has decided to change the course of her life.
my family and i are 100% behind her decision.
que sera sera. life goes on. chaiyo zaza.......!

i've just come back from upm serdang.
4 cikgus accompanied 61 form six girls on their trip there.
upm is big and green. but some buildings are really old.
like the hostel we were boarding in.
some things i liked, some things i didn't. :/
normallah tu.
i had the 'pleasure' of visiting hospital baru serdang,
at 2 am in the morning.
one of the girls was taken ill.
but she's okay now.

but i'm happy to meet zalina,
my long-lost UK friend there after 10 years of absence.
she's now attached to the Modern Languages Faculty.
i'm also grateful to see zaza again at alamanda putrajaya.
i'm glad she's back, sound and safe.

about my house. it's under construction.
the wall is up, so does the roof and the porch.
the gomen has banked in almost 75% of the total cost so far.
and i've paid half of the lawyer's fee... ouch.
can't wait to see it completed.
can't wait to move in.
can't wait to paint the 'feature' walls... hehehehe.

suggest a colour? ;)
  • Current Mood
    jubilant jubilant

emo



Your EQ is 100



You're average. It's easy to predict how you'll react to things. But anyone could have guessed that.



You're a bit moody, and sometimes you have trouble coping with every day life.

But you're by no means depressed, and your good days definitely out number your bad days.



There's nothing really wrong with your life, but you may not be living up to your actual potential.

Negative emotions can be a real drain of your energy, so make sure you have them under control.

  • Current Mood
    weird weird