Cikgu Midad ([info]mydia) wrote,
@ 2008-04-03 23:18:00
Previous Entry  Add to memories!  Tell a Friend!  Next Entry
Current mood: cranky

how time flew......
dah sebulan rupanya rumah ni bersawang.
macam kata orang, masa terlalu mencemburui kita.

memang terasa yang masa berlalu terlalu pantas.
sedar-sedar dah masuk bulan empat, 2 bulan lagi setengah tahun.
selepas itu akan datanglah bulan puasa, bulan raya dan bulan peperiksaan.

yang pasti, sekarang ini, ialah bulan panik.
thesis belum siap. due 25hb ini. ouch!

rumah dah naik tiang seri nampaknya.
baris tepi dah siap berdinding bata dan bertulang bumbung.
agreement dah bersigned. alhamdulillah.
mungkin tengah tahun depan boleh masuk rumah baru.

zaza semakin serasi di nz.
cuma mungkin tak begitu selesa dek assignments yang datang menimbun.
macam yang kita agree tadi, biarlah kita sama-sama ingat-mengingati.

di sekolah -
sambutan Maulidul rasul dah selesai.
mesyuarat agung pibg dah sempurna.
bulan petah bicara dah tamat.
bermula pula bulan sains dan maths.
yang tinggal, hari anugerah cemerlang,
hari usahawan @ ko-kurikulum,
hari pelajar T6 Rendah mendaftar,
dan minggu peperiksaan MUET.

yang perlu diberi perhatian - perpustakaan dan biasiswa,
yang perlu dirancang, lawatan T6 ke IPTA.

24 jam memang tak cukup.
kalau 25 jam pula?




(Post a new comment)

comeyy
(Anonymous)
2008-04-04 04:57 am UTC (link)
sula la layout baru ni...sungguh feminin.. hehe

a'ah, saling ingat-mengingatkan..

semoga kita sama2 berjaya menggenggam ijazah sarjana. Amin.

Thanks for everything, sis.

- zaza

(Reply to this)


Create an Account
Forgot your login or password?
Login w/ OpenID
English • Español • Deutsch • Русский…